Wednesday, March 25, 2020

aplikasi kaedah fiqh dalam sains islam, teknologi dan kejuruteraan:setiap perkara berdasarkan niat

KAEDAH FIQH DALAM SAINS ISLAM, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN


NAMA KUMPULAN:

1.RAFIEK BIN H RAMLI (15DTP19F1008)
2.MUHAMMAD ERFAN BIN MOHAMAD ARSHAD (15DTP19F1012)
3.MOHAMAD ARMISH DASUKI BIN MOHD AMIN (15DTP19F1004)
4.MUHAMMAD SYAKIR BIN MOHAMAD SYARIF (15DTP19F1006)

TAJUK : Keadah Fiqh dalam Sains Teknologi dan Kejuteraan



Pengenalan

Keadah fiqh merupakan satu prinsip umu yang dijadikan sebagai satu panduan umum dalam pembinaan hukum-hukum Islam apabila masalah-masalah baharu yang memerlukan keputusan hukum yang cepat. Prinsip umum ini membolehkan sesuatau masalah baharu yang timbul diselesaikan dengan mudah mengenai hukumnya yang sebenar melaui rujukan kepada sumber-sumber hukum lain.Pengunaan kaedah fiqh tidak akan menafikan nas-nas al-Quran dan hadis tetapi kedua-dua sumber utama tersebut amat penting untuk memahami syariat dan muamalah manusia. Kaedah fiqah ini dapat memberikan hukum secara cepat apabila sesuatu permasalahan timbul.




Pengertian Kaedah Fiqh

Terdapat pelbagai pentakrifan menurut pandangan ulama dahulu dan sekarang, Kaedah fiqah ialah gabungan daripada dua perkataan bahasa Arab, iaitu qawaid dan fiqhQawaid  daripada kata jamakqaidah  yang bermaksud asas rumah, tapak atau prinsip (Zulekha Yusoff, 2011). Perkataan kedua iaitufiqah  ialah kumpulan kaedah atau formula bagi menentukan hukum sesuatu perkara atau isu.

Menurut istilah syarak pula, kaedah fiqh ialah sesuatu hukum yang secara umumnya terpakai kepada kebayakan masalah-masalah cabang. Dalam istilah perundangan pula, kaedah fiqah disebut sebagai ‘principlenamun dibentuk dalam perkataan yang amat ringkas dan padat di samping mempunyai makna yang luas bagi mencakupi semua masalah cabang atau furu’ yang berkaitan dengannya. Furu’ membawa maksud prinsip-prinsip fiqah yang bersifat umum dalam bentuk nas pendek yang mengandungi hukum umum bersesuaian dengan bahagian-bahagiannya. Sebahagian ulama mentakrifkan kaedah fiqah sebagai kaedah-kaedah hukum bersifat umum yang diambil daripada dalil-dalil al-Quran dan hadis. Kaedah-kaedah tersebut menjadi asas kepada kaedah yang dapat disesuaikan dengan semua juz’iyyah atau menjadi cabang dalam perbahasan ilmu fiqah sahaja.

Oleh itu, qawaid fiqhiyyah ialah kaedah fiqah dalam perundangan Islam yang menjadi asas untuk memahami dan mengembangkan fiqah Islam tentang kaedah hukum. Kaedah fiqah ini dilaksanakan selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW dan segala hukumnya tidak ada pembatalan lagi. Namun, kaedah ini memerlukan jalan-jalan hukum yang berbentuk luas dan mencakupi pelbagai bidang untuk membuka peluang manusia menggunakan akal yang berpandukan nas supaya mereka berijtihad.Qawaid fiqhiyyah yang terdapat dalam Fiqh Islami bukan dicipta secara sekali gus seperti terbentuknya undang-undang yang digubal oleh pihak tertentu, tetapi pemahamannya berupa teks atau nas-nasnya yang digubal secara beransur-ansur ketika ilmu fiqah sedang berkembang pesat sekitar kurun ketiga dan keempat Hijrah oleh tokoh-tokoh ulama daripada beberapa mahab dalam kalanganahli Takhrij (ahli yang tidak mampu ijtihad tetapi mempunyai kefahaman seperti imam al-Razi dan lain-lain).


Qawaid Fiqhiyyah diwujudkan secara musyawarah (perbincangan), percubaan dan penggilapan oleh tokoh-tokoh agung para fuqaha daripada pelbagai mazhab ketika mendapatkan alas an dan dalil. Keistimewaan kaedah fiqah ialah teksnya yang dibentuk dan disusun dalam beberapa kalimah ringkas dan padat dalam lafaz umum. Sungguhpun ringkas dan padat, maknanya sangat luas dan mencakupi cabang-cabang masalah yang terperinci. Kaedah fiqah tidak merangkumi kesemua masalah yang tertentu kerana boleh dikatakan hampir setiap kaedah itu tidak boleh dipakai dalam masalah-masalah tertentu yang dikecualikan daripadanya atas sebab-sebab tertentu (Mohd Salleh, 1999). Kesimpulannya, kaedah fiqah merupakan suatu kaedah dalam undang-undang Islam yang disusun oleh para ulama dan fuqaha agar menjadi asas untuk memahami dan mengembangkan fiqah Islam.



Peranan Kaedah Fiqh

Terdapat beberapa peranan kaedah fiqah dalm sains teknologi dan kejuteraan Islam.

i.     Memudahkan pemahaman terhadap hukum-hakam untuk diguna pakai dalam persoalan sains teknologi dan kejuruteraan.

 Kaedah fiqah telah menetapkan formula teras atau asas untuk diguna pakai sebagai rujukan sebelum memulakan sesuatu penyelidikan. Setiap persoalan baharu yang timbul dalam kajian sains, teknologi dan kejuruteraan boleh dirujuk kepada al-Quran dan hadis serta kaedah fiqah bagi menentukan sesuatu hukumnya yang timbul. Hal ini menunjukkan bahawa kaedah fiqah adalah sebagai garis panduan kepada para saintis dan teknokrat dalam melaksanakan uji kaji mereka. Justeru, segala ciptaan dan inovasi yang dihasilkan sebenarnya menjurus kepada kaedah fiqah.

 ii.     Membantu manusia khususnya para saintis, teknokrat dan jurutera untuk menyelesaikan persoalan yang melibatkan isu-isu dalam bidang sains teknologi dan kejuruteraan.

 Kaedah fiqah telah membantu saintis, teknokrat dan jurutera untuk mengenal pasti dan menyelesaikan isu dalam operasi mereka. Isu-isu dalam sains teknologi dan kejuruteraan mampu ditangani melalui panduan kaedah ini supaya perasi dalam penyelidikan dan inovasi mendapat keberkatan Allah SWT.Justeru,dengan adanya kaedah fiqah ini,para saintis dan golongan teknorat akan dapat mengatasi masalah kesulitan manusia dan membantu menyelesaikan masalah fiqah yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini.

iii.     Menyediakan keperluan hukum-hukum yang menyeluruh bagi menangani isu-isu kecil dalam bidang sains teknologi dan kejuruteraan

Hukum-hukum yang sudah ditetapkan dalam kaedah fiqah sangat sesuai ntuk menjawab segala persoalan tentang cabang atau sampingan yang timbuk dalam perkara berkaitan bidang sains teknologi dan kejuruteraan .Isu-isu yang berkaitan sains teknologi dan kejuruteraan amat luas dan memerlukan kaedah ini bagi membantu mencari jalan keluar dan menyelesaikan masalah hukum dari sudut syarak, Pelbagai kajian,ciptaan dan inovasi telah dilakukan oleh para saujana dunia yang  memerlukan penyelesaiaan dan jawapan terhadap isu dan permasalahan yang timbul  berdasarkan hukum menurut perspektif Islam.



Konsep Asas Kaedah Fiqah yang Bertepatan dengan Sains Teknologi dan Kejuteraan

Terdapat lima kedah asas yang terkandung dalam penulisan-penulisan fuqaha Isalm mengenai penepatan kaedah fiqah dalam sesuatu hukum yang timbul. Kaedah ini  mempunyai maksud serta dijadikan sebagai sumber rujukan oleh para fuqaha,pengkaji serta ilmuan Islam.

 Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Tujuan atau Niat

 Kaedah ini bermaksud bahawa setiap perkara itu merujuk tujuan sesuatu perkara yang dilaksanakan atau setiap hukum bagi amalan seseorang sama ada pertuturan atau perbuatan bergantung pada niat atau tujuannya. Setiap amalan yang dilakukan oleh mukalaf adalah bergantung pada niatnya.

 Kaedah ini membuktikan bahawa niat amat penting dalam penentuan baik atau buruk,dosa atau pahala dan mencapai reda Allah SWT atau tidak.

 Asal rujukan utama kaedah ini ialah hadis Rasulullah SAW daripada Saidina Umar al-Khattab r.a yang diriwayatkan oleh Muslim bermaksud;

 Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya  karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena menginginkan kehidupan yang layak di dunia atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.
(Hadis Riwayat Muslim)

 Niat didefinisikan sebagai maksud atau tujuan bagi sesuatu perbuatan. Niat diperlukan bagi membezakan antara ibadat dengan adat, pahala atau dosa, dan bermanfaat atau bermafsadah kepada seseorang atau kumpulan. Sesuatu amalan yang tidak disertai dengan niat sebenarnya tidak diterima dan tidak dinilai oleh Allah SWT dan perundangan.



APLIKASI KAEDAH DALAM SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN.

  • Kaedah ini amat besar peranannya dalam amalan kehidupan manusia. Setiap kajian bidang sains, teknologi dan kejuruteraan dibenarkan menggunakan keadah ini bagi tujuan bermanfaat
  • Kebiasaan yang berlaku pada masa kini ialah para saintis & teknokrat telah melahirkan ciptaan sebelum merujuk kepada kaedah hukum ini. Hasilnya, ciptaan itu telah memberi kesan buruk terhadap pemikiran atau pun persekitaran. 
  •   Teknologi yang  tidak dibenarkan seperti melakukan pembedahan plastik bertujuan menukar identiti, menukar jantina, meneglirukan masyarakat  dan mudah melakukan jenayah.   


RUMUSAN

Penggunaan kaedah fiqah dalam sains teknologi dan kejuruteraan merupakan sesuatu yang perlu diambil kira oleh setiap saintis,teknorat dan jurutera.Pengaplikasian sains dan teknologi serta kejuruteraan oleh manusia perlu dilihat terlebih dahulu kesan langsung dan sampingan ketika perlaksanaannya.Pemakaian kaedah fiqah dalam bidang sains dan teknologi dan kejuruteraan juga haruslah didasari dengan kefahaman yang mendalam mengenai sesuatu kaedah yang akan diguna pakai.Hal ini perlu bagi memastikan segala kajian dan tindakan yang dilakukan menepati kaedah syarak dan tidak bertentangan dengan tujuan syariat,iaitu untuk memlihara agama,nyawa,akal,keturunan dan harta serta kemaslahatan lain.